Program sokongan
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah menyuarakan hasrat untuk mengukuhkan TCA melibatkan kerjasama angkatan tentera negara tersebut kepada rakan sejawatnya di Indonesia dan Filipina. Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah kepada penerbangan seminggu berkuat kuasa hari ini.
Anak jati Terengganu itu berkata dia amat gembira kerana penantiannya selama dua tahun untuk bergraduasi secara bersemuka tercapai. Ericsson akan membuka platform Ericsson Educate kepada pelajar UTM bagi menawarkan akses kepada bahan-bahan pembelajaran tentang teknologi utama.
Ada pelajar berpendapat disebabkan kaedah pembelajaran berkenaan, sesetengah projek pengajian mengambil lebih masa untuk disiapkan. Universiti Kebangsaaan Malaysia menerusi misi bantuan banjir menyalurkan sumbangan RM, kepada mangsa bencana itu di Selangor, baru-baru ini.
Namun, persoalan di sini adalah sama ada kehidupan akan kembali kepada normal selepas pandemik ini. Apakah nasib keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga yang merupakan punca pendapatan yang tunggal? Kita perlu ingat bahawa wabak ini bukanlah akibat daripada kesalahan rakyat. Sebagai contoh, pasangan A dan B dengan tanggungan seramai 2 orang anak dan berpendapatan bulanan sebanyak RM5, hasil daripada pendapatan pasangan A dan B.
Kalau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia akibat wabak, apakah nasib keluarga tersebut? Ini adalah contoh yang mungkin sesebuah keluarga M40 hadapi hari ini. Bagaimana pula B40? Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas. Parah lagi akibat skim i-Sinar. Pemuda Sosialis ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang kerajaan perlu ambil untuk perhatian kerajaan dan juga untuk wacana rakyat:.
Pemuda Sosialis mengikuti sandiwara yang berlangsung di parlimen dan berpendapat bahawa kita sebagai rakyat perlu mempunyai naratif dan pandangan kita sendiri terhadap isu yang berlaku sekitar kita.
Kerajaan pula kerajaan yang gagal. Sekurang-kurangnya, kita sebagai rakyat harus mewujudkan perbincangan tentang polisi ekonomi progresif untuk ahli-ahli politik mengambil dan berbahas nanti.
Ia merupakan satu indikator penting untuk pesakit bagi membolehkan mereka merasakan bahawa mereka telah sembuh dengan baik. Oleh itu, ia kini merupakan antara objektif utama dalam perawatan psikiatri. Ramai menganggap bahawa pesakit mental tidak boleh bekerja dan ini merupakan satu tanggapan yang salah.
Dengan perawatan serta proses rehabilitasi yang berkesan, pesakit mampu untuk sembuh serta menjalani kehidupan seperti orang lain. Proses penyembuhan adalah lebih baik apabila pesakit mendapatkan rawatan awal, mengambil ubatan secara teratur serta mengikuti proses rawatan yang dirancang.
Usaha untuk membantu pesakit kembali bekerja telah lama dijalankan melalui proses rehabilitasi. Dahulunya, konsep seperti bengkel terlindung sheltered workshop telah diperkenalkan di mana pesakit dilatih terlebih dahulu dan kemudiannya ditempatkan bekerja.
Bagaimanapun, didapati ramai yang terus berada di bengkel terlindung selama bertahun-tahun tanpa beralih ke sektor pekerjaan terbuka. Model sokongan Konsep ini kini telah diperbaharui menerusi program sokongan pekerjaan di mana pesakit ditempatkan dahulu di tempat kerja dan kemudianya dilatih berdasarkan model penempatan dan sokongan individu Individual and Placement Support.
Ia telah diperkenalkan Dartmouth Medical Centre, Amerika Syarikat AS kerana mereka mendapati bahawa ramai pesakit yang berpotensi untuk bekerja di pasaran terbuka serta bersaing dengan orang lain jika diberi peluang yang sewajarnya.
Model sokongan pekerjaan berdasarkan penempatan dan sokongan individu ini telah terbukti keberkesanannya menerusi banyak kajian yang telah dibuat. Antara hasil kajian mendapati bahawa pesakit yang melalui program ini berjaya mendapatkan kerja sebanyak 56 peratus berbanding 22 peratus secara konsep terdahulu. Mereka juga berjaya mendapatkan kerja dengan lebih cepat dan kadar keciciran juga adalah rendah iaitu sembilan peratus berbanding 42 peratus di kalangan pesakit yang tidak menyertai program sokongan pekerjaan.
Di manakah Program Sokongan Pekerjaan ini dijalankan? Di Malaysia, program ini mula dijalankan di Hospital Permai mulai tahun dan mereka telah menyediakan garis panduan bertajuk ' Work: Pathway to recovery ' untuk membolehkan program sokongan pekerjaan ini dilaksanakan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat PKMM atau lebih dikenali sebagai Mentari di seluruh negara.
Pada masa kini, terdapat 25 buah Mentari di seluruh Malaysia. Selain daripada menjalankan saringan serta memberikan rawatan kepada pesakit, aktiviti di Mentari adalah lebih menjurus kepada pemantapan proses rehabilitasi dan intervensi psikososial. Rehabilitasi yang dijalankan di Mentari adalah berteraskan kepada membantu pesakit untuk kembali bekerja work based rehabilitation. Pesakit akan dibantu dari segi rehabilitasi kemahiran asas, panduan kerja yang bersesuaian, latihan untuk menghadiri temuduga, bertemu majikan serta pemantauan di tempat kerja apabila pesakit berjaya mendapatkan pekerjaan.
Program sokongan pekerjaan ini dijalankan oleh pegawai sokongan pekerjaan atau dikenali sebagai ' employment specialist ' yang terdiri daripada paramedik ataupun jurupulih cara kerja. Pesakit akan diberikan sokongan yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan seperti belajar menggunakan kemahiran dalam suasana yang baru, mencari penginapan, penyesuaian ke tempat kerja dan kemahiran membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja.
0コメント